Homeophathy


Asal usul Homeopathy

HOMEOPATHY bersandarkan pada prinsip persamaan; sesuatu yang memberi penyakit juga boleh mengubati penyakit yang sama – iaitu Hukum Kesembuhan Semulajadi. Ia merupakan terapi holistik yang amat berkesan untuk menghilang dan mengikis penyakit yang ada dipelbagai peringkat, iaitu penyakit fikizal, emosional dan mental. Homeopathy menggunakan dos yang amat kecil sehingga menjadikan ia sangat selamat tanpa sebarang kesan sampingan.

Pengasas Homeopathy


Homeopathy diasaskan oleh Dr. Samuel Hahnemann (1755-1843) yang berasal dari German. Hahnemann mendapat ijazah kedoktoran dalam tahun 1779 dan memulakan praktis perubatannya sendiri. Beliau merasa tidak tenteram dengan ubat-ubatan terutamanya ubatan yang menggunakan dadah yg bertoksid. Beliau kemudian menutup kliniknya lalu bekerja sebagai ahli kimia disamping menterjemahkan teks-teks perubatan. Ketika itu, pada sekitar tahun 1790, Hahnemann mula mendapat projek menterjemahkan teks Materia Medica William Cullen ke dalam bahasa German. Ketika itu lah beliau didedahkan kepada prinsip “persamaan”, lalu beliau terus mengumpulkan banyak data-data yang akhirnya menukar dunia perubatan untuk abad-abad seterusnya.

Kelebihan perubatan homeopathy
  1. Remedi Homeopathy menggalakkan tenaga badan anda sendiri untuk sembuh dengan sendirinya secara semulajadi.
  2. Homeopathy merawat seseorang itu secara keseluruhannya dan bukan setakat penyakit sahaja. 
  3. Remedi Homeopathy mudah dimakan manis dan tidak mempunyai rasa pahit. Sesuai untuk semua golongan kanak-kanak dan orang tua. 
  4. Remedi Homeopati tidak mempunyai dadah,racun dan juga bahan kimia yg merbahaya,tidak mempunyai kesan sampingan dan tidak menyebabkan ketagihan. 
  5. Selamat,semulajadi,semua ubat Homeopati diuji pada manusia sendiri yang sihat dan bukannya binatang kecil. 
  6. Punca utama remedi Homeopati berasal dari tumbuh-tumbuhan, dan mineral.